JIHAD & PENGORBANAN

JIHAD & PENGORBANAN

Monday, 13 February 2012

Aku & Universiti Malaya

Bismillah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. Segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu wa Taala yang menghidupkan & mematikan.

Alhamdulillah, aku telah dipilih oleh Allah Taala untuk menjadi salah seorang 'mahasiswa' Universiti No. 1 di negara kita, Malaysia tercinta. Pada fikiranku, UM merupakan universiti yang hebat. Hebat dari segi pembudayaan ilmu, intelektual, leadership. Malah terkenal juga sebagai universiti yang melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang hebat. Antaranya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Ahmad Shabery Chik, Dato' Seri Khir Toyol, Dato' Husam Musa, Dato' Takiyuddin Hassan, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan ramai lagi.

Justeru, aku bercita-cita untuk menjadi hebat seperti mereka. Hebat dalam kepimpinan seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hebat dalam bidang akademik seperti Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Hebat dalam perancangan ekonomi dan kewangan seperti Dato' Husam Musa.

Sungguh, aku amat beruntung diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di sini. Aku dikurniakan berkenalan dengan senior-senior yang mengambil berat tentang junior-juniornya. Aku ditarbiyah dengan program-program keilmuan, kuliah, tazkirah, brainstorming, usrah, beriadhah dan sebagainya. Inilah nikmat dalam berjemaah. Nikmat dalam meneruskan kesinambungan tarbiah, dakwah dan siasah Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam. 

Aku pasakkan jihad dan perkemaskan iman untuk menginfaqkan diri ini di jalan perjuangan untuk melihat Islam tumbuh kembali. Mekar bak mawar menghiasi taman-taman bunga yang indah. Bertiup ke seluruh penjuru semesta alam. Islam pasti akan menang.

Yakinlah, sekiranya kamu tolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu!!!


No comments:

Post a Comment