JIHAD & PENGORBANAN

JIHAD & PENGORBANAN

Sunday 20 March 2011

"Aqidah, Tarbiah dan Dakwah"

3 kombonasi toriqoh ke arah melahirkan insan yang mampu untuk memacu ummat ke arah sirotol mustaqim. Seandainya 3 kombinasi tersebut ditanam dan dibaja dengan baik dalam jiwa setiap insan, nescaya budaya amar makruf dan nahi munkar dapat dilaksanakan. Objektifnya tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk membina sebuah tamadun Islam yang mementingkan kesejahteraan dan keharmonian.

"Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu".

"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi".

2 firman Allah swt tersebut saling mempunyai pertalian yang menekankan bahawa tujuan atau motif penciptaan manusia. Dengan ini dapat dibahagikan bahawa motif tersebut adalah pertama, untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala dan dalam masa yang sama turut diciptakan manusia adalah untuk menjadi khalifah atau pun pemimpin di muka bumi ini.

Apabila kita bercakap soal kepimpinan, maka tidak dapat tidak semua manusia itu adalah pemimpin dan di bahunya terpikul satu tanggungjawab dan amanah yang wajid, mesti, dan perlu dilaksanakan. Pemimpin dapat dibahagikan kepada banyak skop, contohnya pemerintah negara pemimpin kepada rakyat, penghulu pemimpin kepada penduduk kampung, suami atau bapa pemimpin kepada isteri dan anak. Secara lazimnya, setiap insan di muka dunia ini merupakan pemimpin.

"كلكم راع ،وكلكم مسؤول عن رعيته"
Kamu semua adalah pengembala (pemimpin), dan kamu semua bertanggungjawab terhadap rakyatnya.